Wednesday, July 6, 2011

Kekejangan Kaki Ketika Hamil


Huhu....
Sejak akhir2 nie kaki aku selalu jer kekejangan bila waktu malam. Nasib baik my encik hubby tolong sewaktu kekejangan berlaku.. Tq Ayah.

Rasanya mana2 perempuan yg hamil akan rasa kejang atau sakit di kaki kan, samaada teruk atau sedikit, kerap atau sekali sekala yg membezakan antara seseorang wanita hamil dgn yg lain tak pun antara kandungan pertama dengan yg seterusnya.

Dari segi perubatan, kekejangan ini boleh berlaku disebabkan penambahan berat pada kaki anda. Selalunya kekejangan otot ini berlaku pada waktu malam, sehinggakan sakit atau kekejangan itu boleh mengejutkan anda dari tidur nyenyak. Kejang betis paling teruk akan berlaku pada trimester kedua dan ketiga.

Selain itu kejang betis ketika hamil juga mungkin disebabkan:
  • Kelebihan fosforus (didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas)
  • Kekurangan kalsium di dalam aliran darah anda,
  • Tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki anda.

Terdapat beberapa cara anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini, antaranya:
  • Meregang. Mula dengan luruskan kaki anda -- tumit dahulu -- dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda. Ini akan berasa sakit pada mulanya tetapi kesakitannya akan hilang secara beransur-ansur.
  • Urut otot yang kejang.
  • Mandi air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang.
  • Berjalan. Bermundar-mandir untuk beberapa minit dapat membantu.


Selain itu anda juga boleh mencuba cara2 dibawah ini untuk mengelakkan kekejangan ini dari berlaku:
  • Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis anda beberapa kali sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam.
  • Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki tersilang.
  • Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk, di tempat kerja, pada waktu makan malam, atau semasa menonton TV.
  • Makan makanan kaya dengan kalsium. Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis, tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan. (Tetapi elakkan mengambil kalsium dengan dolomit atau serbuk tulang; ini biasanya mengandungi plumbum, yang boleh diserap melalui plasenta dan memudaratkan bayi anda.)
  • Elakkan minuman bergas, ia mengandungi banyak fosforus.


Sekiranya anda merasa kekejangan kaki yg berterusan dan kerap berlaku, atau adanya bengkak atau kesakitan, seeloknyalah anda mendapatkan naishat dari doktor anda. Ini kerana kemungkinan anada menghidapi trombosis vena, atau bekuan darah, sejenis keadaan jarang ditemui (satu dalam 2,000 kehamilan) tetapi serius yang memerlukan rawatan perubatan segera.

Monday, June 20, 2011

Biskut Raya 2011... Berbaloi & Sedap

Salam...
Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, sekiranya ingin mencari biskut raya "Home Made" bolehlah hubungi saya untuk membuat tempahan. Tempahan dibuka sehingga 1 Julai 2011. Pelbagai Jenis kuih serta kerepek dengan harga yang berpatutan.
Antara senarai biskut yang ada ialah :-
1. Almond London

2. Tat Nenas
3. Bluberry Tat,
4. Samprit
5. Coklat Rise
6. Coklat Chip.
7. Biskut Kacang
Harga RM15.00 sebekas (semua jenis biskut)
Kuantiti : 40-45pcs (Bergantung pada saiz biskut)




Antara senarai kerepek ialah :-
1. Kerepek Ubi
2. Kerepek Ubi Pedas
3. Kerepek Bawang
4. Kerepek Kacang Dal
5. Kerepek Kacang Pees
Harga : RM 8.00 - 9.00 (1/2 kg setiap pek)

Tester juga disediakan untuk merasa dahulu kualiti biskut sebelum membuat tempahan.
Sebarang tempahan atau pertanyaan bolehlah hubungi saya 017- 323 9582 (Fiza)

Tuesday, May 31, 2011

Jantina Anak Serah Pada Ketentuan Ilahi....

Bolehkah kita mencampuri kerja Tuhan? Penganut agama Islam sewajarnya berpegang teguh pada rukun iman yang keenam iaitu percaya kepada qada dan qadar. Menerima apa sahaja ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan menjadi kewajipan bagi setiap muslim.

Soal zuriat dan jantina anak bukan menjadi urusan kita namun sebagai manusia kita boleh merancang dan berusaha untuk mendapatkan apa yang diingini. Menurut Ustaz Mohd Ali Tuah, pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Allah SWT sudah menentukan jantina setiap anak sejak di luh mahfuz lagi.

"Semasa janin dalam rahim ibu berusia 120 hari, malaikat akan datang menulis rezeki, jantina, ajal, maut, jodoh, hidup bahagia atau tidak setiap hambanya mengikut ilmu Allah. Bagaimanapun ia boleh berubah jika orang itu berdoa dan berusaha apabila dia hidup kelak dengan keizinan Allah jua,” terangnya sambil menegaskan segala urusan kehidupan manusia sudah ditentukan dari A – Z sejak azali lagi.

Dalam soal merancang jantina anak, Ustaz Mohd Ali menegaskan sebarang rawatan menggunakan teknologi sains perubatan boleh dilakukan asalkan ia ada alasan yang mendesak (darurat) dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Menurutnya lagi, sebagai manusia kita digalakkan berusaha, berikhtiar dan berdoa jika mahukan sesuatu. Usaha berdoa terbahagi kepada dua iaitu doa qauliyyah (melalui perkataan) dan doa fi’liyyah (melalui perbuatan seperti pemakanan, pengambilan ubat atau herba dalam soal merancang jantina anak).

“Jika pasangan sudah memiliki ramai anak perempuan dan mahukan anak lelaki maka berusaha dan berdoalah pada Allah agar dikurniakan anak lelaki pula. Jika Allah perkenankan doa tersebut maka makbullah permintaannya.

Seperti mana kisah Maryam iaitu ketika dia berada dalam saat-saat genting selepas melahirkan anaknya Nabi Isa a.s. Tiba-tiba Nabi Isa bercakap “kau goncanglah pokok tamar, nescaya akan berguguranlah buah tamar itu.”

Maka Maryam yang keletihan selepas melahirkan berusaha dengan bersungguh-sungguh melakukannya. Dengan keizinan Allah, gugurlah buah tamar,” ceritanya memberikan salah satu contoh usaha ikhtiar yang dimakbulkan Allah.

Kita sepatutnya sentiasa bersangka baik dengan dugaan atau apa sahaja yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Setiap ibu bapa perlu ditekankan tentang keyakinan mengikut ilmu yang dipelajari. Sesungguhnya apa yang Allah SWT tentukan itu adalah lebih baik daripada apa yang kita harapkan.

Tambah Ustaz Mohd Ali lagi, setiap yang Allah kurniakan kepada kita ada rahsia di sebaliknya yang kita sebagai hamba-Nya tidak tahu sama sekali. Sebaiknya kita redha dengan amanah (anak) Allah dan didik mereka dengan sebaiknya.

“Terima sahaja ketentuan Allah kerana ada hikmah yang tersembunyi. Walaupun sudah amalkan pemakanan dan lain-lain usaha untuk mendapat anak jantina tertentu tetapi jika tidak mendapatnya janganlah berasa kecewa. Redha dengan ketentuan Allah. Walaupun semua anak yang dimiliki adalah perempuan, bersyukurlah kerana ketahuilah bahawa setiap anak perempuan akan mendoakan kesejahteraan ibu dan ayah di akhirat kelak,” katanya.

Beliau turut memberitahu ada Hadis Nabi yang bermaksud “sesiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan dan mendidiknya menjadi anak yang solehah maka aku dan dia seperti ini (Rasulullah mengangkat jari telunjuk dan jari tengahnya) menggambarkan rapatnya hubungan bapa anak perempuan itu dengan Baginda.

Sahabat bertanya kalau dua anak perempuan? Ya jawab Rasulullah lagi.Maknanya mendidik anak perempuan juga ada kelebihannya.

Kesimpulannya, penentuan jantina anak patut kita serahkan kepada Allah SWT. Apa yang penting sebagai ibu bapa kita didik mereka (anak lelaki atau perempuan) menjadi anak yang soleh/solehah dengan sebaiknya tanpa berasa kecewa dengan jantina anak yang dikurniakan.

(Sumber Dari Majalah Pa & Ma)

Perkembangan Bayi Dari Minggu Ke 17 Hingga Ke 28

Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.

Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.

Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.

Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.

Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.

Wednesday, May 18, 2011

Rumah Kami Terbakar

Halo2...
Lamanya tak update blog. Dalam tempoh sebulan nie macam2 yang telah terjadi. Perkara yang paling menyedihkan rumah kami terbakar pada 22 April yang lalu. Tak dapat nak gambarkan bagaimana perasaan ketika itu. Kami hanya tinggal sehelai sepinggang. Hampir 100% barang dalam bilik kami hamgus terbakar, yang tinggal hanyalah debu....

Walaubagaimanapun, kehidupan harus diteruskan. Mungkin ada seribu hikmah atas apa yang terjadi. Yang berlaku biarlah terus berlalu, apa yang penting adalah hari muka. Terima kasih pada ahli keluarga, sanak saudara serta rakan2 yang menghulurkan sumbangan. Semoga Allah yang balas segala kebaikan yang dihulurkan. Amin....Dush! Dush! Dush!!! Aku dah tak nak pandang kebelakang lagi...

Dipendekkan cerita, kami sekarang dah berpindah ke Bandar Rinching. Walaupun serba kurang, tapi kami akan beli sikit demi sikit barang keperluan.... InsyaAllah

Wednesday, April 13, 2011

Mendidik Anak Dengan Kasih Sayang

Mendidik anak dengan ikhlas, sungguh-sungguh dan penuh kasih sayang akan memberi kesan psikologi yang dalam kepada anak. Anak-anak yang dibesarkan dengan kasih sayang akan membesar diiringi perkembangan emosi yang stabil. Malah anak-anak lebih cenderung mentaati dan menghormati ibu bapa yang menggunakan pendekatan yang sedemikian.

Sebuah hadis Rasulullah s.w.t. bermaksud:

“Sesiapa yang tidak menyayangi manusia, maka dia tidak akan disayangi oleh Allah”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak perlu dibesarkan melalui kasih sayang lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Peringkat remaja merupakan fasa yang kritikal kerana banyak pengaruh luar sedang menarik perhatian mereka. Menurut kajian, persekitaran dan rakan lebih berpengaruh berbanding ibu bapa pada usia remaja. Oleh itu Ibu bapa perlu menzahirkan kasih sayang tetapi hendaklah dalam bentuk yang sesuai, dan bukan dengan kebendaan semata-mata bagi meraih pengaruh daripada anak-anak. Walau bagaimanapun tempoh masa amat diperlukan bagi menzahirkan betapa anda mencintai dan menghargai mereka dengan kasih sayang.

8 tips mempamerkan kasih sayang ibu bapa kepada anak

1. Sentuhan

Sentuhan sederhana pada kepala, bahu atau belakang ketika bercakap dengan mereka. Kadang kala, sifat ego ibu bapa menghalang sentuhan di dalam sesetengah keadaan khususnya terhadap anak remaja. Sedangkan kesan sentuhan terhadap anak remaja adalah lebih ketara berbanding kanak-kanak yang lebih muda usianya.

2. Berbual

Berbual dengan mereka mengenai perkara yang mereka minati. Luangkan sedikit masa anda bersama untuk berbual mengenai kecenderungan dan minat mereka. Tawarkan bantuan dan tunjukkan sokongan sekiranya minat dan kecenderungan mereka tersebut merupakan sesuatu yang memberi manfaat buat mereka serta tidak bercanggah dengan ajaran agama.

3. Ungkapan

Zahirkan kasih sayang melalui ungkapan. Anda boleh memberitahu mereka bahawa anda mengasihi mereka. Mungkin juga sebuah ungkapan berbunyi – “Umi sayang pada Farid, Farid sayang umi tak?” Ungkapan seperti ini mesti disesuaikan dengan situasi yang tenang dan jauh daripada kebisingan supaya memberi kesan yang lebih baik.

4. Mendengar

Luangkan masa mendengar dengan aktif (mencerap) – Sifat ini sukar dipraktikkan bagi ibu bapa yang terlalu sibuk. Lima minit yang anda luangkan untuk mencerap terhadap keluhan, cerita dan bisikan daripada anak-anak akan memberikan makna dan kesan yang sangat baik untuk jangka panjang.

5. Menatap wajah

Melihat wajah anak ketika bercakap. Merenung mata dan wajah anak dengan penuh kasih sayang ketika bercakap, akan memberi kesan emosi yang dalam. Perhatian mereka terhadap percakapan ibu bapa juga meningkat dengan merenung wajah mereka ketika bercakap malah walaupun percakapan berbentuk memberi arahan. Malangnya, ada ibu bapa terlalu sibuk sehinggakan bercakap dengan anak tetapi muka mengadap ke komputer atau menoleh ke tempat lain.

Sedangkan Rasulullah mengajar kita supaya menghadap badan kepada seseorang ketika bercakap dengannya, bukan sekadar menolehkan muka kita kepadanya..

6. Berkongsi perasaan

Tidak salah kita berkongsi perasaan dengan anak-anak asalkan bersesuaian dengan tahap mereka. Walau bagaimanapun pastikan supaya perkongsian tersebut berunsur perkara-perkara positif yang mana dapat meningkatkan tahap kualiti emosi mereka. Ibu bapa yang bijak melayan perasaan anak-anak akan berjaya menawan hati mereka lantaran meningkatkan kecenderungan untuk sentiasa berkongsi masalah yang dihadapi oleh mereka dengan ibu bapa.

7. Suapkan makanan

Ketika anak masih kecil, sememangnya ibu bapa akan suapkan makanan dan merupakan aktiviti yang seronok. Cubalah suapkan makanan ke mulut anak sekali sekala walaupun mereka sudah remaja. Ramai pakar menyarankan supaya ibu bapa dapat makan bersama anak-anak sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.

8. Beri pujian

Beri pujian sekiranya mereka memperolehi sesuatu pencapaian walaupun sekecil-kecil alasan. Pujian merupakan penghargaan. Penghargaan yang diberi melambangkan sebahagian kasih sayang. Buktinya, orang yang tidak menyayangi kita, tidak akan memuji kita dengan ikhlas

“Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang bertanggungjawab mencoraknya”

Tuesday, April 12, 2011

"Ibu, Alya Emilda Nak Kiss Baby"

Alhamdulillah.... Usia kandunganku sekarang adalah 14 minggu. Ini bermakna ada lagi 26 minggu sebelum baby dilahirkan. Girl or Boy? Girl atau boy bagi aku tak penting. Apa yang lebih penting adalah kandunganku ini sihat dan sempurna sifatnya. Kalau diberi pilihan, aku nak girl lagi. Sekurangnya2 Alya Emilda ada kawan nak main masak2 nanti... heheee... Tapi kalau lelaki pun aku bersyukur sangat2 sebab nanti ayah ada kawan nak main gusti.. GUsti???? hehee..

Sekarang ni, walaupun Alya Emilda baru berusia dua tahun dua bulan tapi dia mengerti yang tak lama lagi dia bakal menjadi seorang kakak. Alya Emilda pun faham yang dalam rahimku ini ada insan yang bakal bergelar adik. Sebelum sleep, tiap2 malam Alya Emilda mesti nak kiss baby. Dia akan cakap "hai", "Baby buat apa tu", "sayang baby","nak tido dengan baby" dan kemudian dia akan kiss perut aku seperti dia kiss seorang baby. Terharu sangat2 bila lihat kasih sayang Alya Emilda yang begitu mendalam. Aku harap dan berdoa, bila adik Alya Emilda dilahirkan nanti, dia akan tetap sayang menyayangi antara satu sama lain... Amin2...

Buat masa yang terdekat ni, kalau boleh aku dan hubby bercadang nak duduk rumah sendiri. Al-malkumlah ahli keluarga kami akan bertambah tak lama lagi. Tak kisahlah rumah tu kecik atau pun besar. Yang penting kami sekeluarga selesa dan bahagia.... Kalau boleh biarlah sebelum kandungan aku ini bertambah besar, sebab takut nanti tak larat nak mengemas. Lagipun kesian dekat my hubby nak kemas sorang2 nanti. Aku harap apa yang kami sekeluarga hajatkan akan termakbul. Amin..

Monday, April 4, 2011

Perkembangan Bayi Dari Minggu Pertama Hingga Ke Enam Belas

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

asuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.

Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.

Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

(Sumber Dari : www. mengandung.com)

Alya Emilda Nak Dapat Adik

Alhamdulillah.... pada bulan Oktiober nie, InsyaAllah Alya Emilda bakal dapat adik. Sekarang nie usia kandungan aku dah nak masuk 13 minggu. Ini bermakna ada 27 minggu lagi Alya Emilda akan dapat adik. Aku bersyukur sangat2..... InsyaAllah due date aku 11.10.2011.

Sekarang nie alahan dah mula berkurangan. Cuma aku sekarang tak ada selera nak makan. Kadang2 tu aku tak tahu nak makan apa, sebab semuanya tak kena dengan selera aku. Mungkin tekak aku tak berapa sedap, sebab tu makan apa2 pun tak ada selera. Tapi aku bersyukur kerana aku tidak mengalami alahan yang teruk. Pada mula2 tu cuma pening2 dan loya jer rasa tekak nie. Cuma aku alah dengan bau-bauan. Contohnya bau perfume dan bau masakan. Silap2 boleh terkeluar balik isi perut aku. Kalau bau rokok, lagilah aku rasa macam nak pengsan.

Aku bersyukur sebab my hubby memahami keadaan yang aku alami sekarang. Kalau dia nak smoking, dia mesti smoking dekat luar rumah. Kalau nak angkat barang yang berat2, dia lah yang akan membantu.Tapi aku kesian dekat Alya Emilda sebab aku tak boleh nak dukung dia atas nasihat doktor. Last week aku pergi scan, dan doktor kata uri aku kebawah. Doktor nasihatkan supaya aku tak angkat benda yang berat2 termasuk kalau boleh jangan dukung Alya Emilda sebab takut berlaku pendarahan. Tapi ibu tahu, Alya Emilda pasti mengerti keadaan aku sekarang.

"Ya, Allah kau permudahkanlah urusan ku sepanjang kehamilanku. Aku memohon ke hadratmu semoga anak didalam kandunganku sihat dan sempurna sifatnya. Amin..."

Tuesday, March 29, 2011

Make Up... Make Up

Jangan tak tahu, Alya Emilda sekarang nie dah pandai make up sendiri. Asal nampak bedak je mesti dia nak mekap. Kalau ada sesiapa yang nak jadi profesional make up atau mak andam, korang semua harus tuntut ilmu dengan cikgu korang yang kecik molek nie... Layanzzzz....

Step 1 : Mula-mula kena cari bedak yang sesuai dengan kulit muka. Baca label dengan teliti supaya tak tersalah bedak pulak nanti...



Step 2: Bila dah jumpa bedak yang sesuai, korang kenalah tuangkan bedak tersebut ditapak tangan.



Step 3 : Sebelum sapu bedak tersebut ke muka, korang jangan lupa tepuk2 dulu bedak tersebut supaya nanti taklah bedak tersebut nampak tak rata dekat kulit muka nanti.

Tepuk dengan kuat2..



Step 4 : Akhir sekali, korang tepeklah bedak tersebut ke muka dengan cara & gaya yang korang suka.... Taraaaa...





Alamak lupa nak pesan, sebelum korang tepek bedak dekat muka tadi korang mestilah pakai depan cermin. Supaya hasilnya nanti tak lah rupanya cenggini... heheee...

Monday, March 28, 2011

Hanya Sebuah Cerita

Kadang2 ada banyak perkara yang hendak dikongsi bersama. Tapi ada juga yang tak dapat nak diluahkan dengan kata2. Tapi kadang2 ramai orang disekeliling kita tersalah tafsir dengan apa yang ingin kita sampaikan. Mungkin berdiam diri adalah jalan yang terbaik daripada melukakan hati seseorang, walaupun kadang2 hati kita disakiti...

Dalam keadaan sekarang, apa yang aku harapkan orang tak salah tafsir tentang diri aku. Mungkin kalau dia tahu keadaan aku yang sebenar, dia akan faham. Tapi ada banyak sebab kenapa aku tak boleh berterus terang. Mungkin belum sampai masanya lagi atau biarlah mereka tahu sendiri dikemudian hari. Dan aku yakin kalau mereka berada di dalam situasi aku kini, mereka pun akan buat perkara yang sama..

Apa yang aku harapkan, aku akan tabah dalam menghadapi apa jua dugaan dalam kehidupan. Aku akan senantiasa berdoa agar suatu hari nanti aku keluar daripada kepompong masalah yang membelenggu hidup aku ini. Walaupun pelbagai rintangan dan dugaan, aku tetap bersyukur dengan setiap kurniaan yang Allah berikan... Mungkin ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua ini.

Monday, February 14, 2011

Jagung, Jagung, Jagung & Jagung







Kalau korang nak tahu, sekarang nie favourite Alya Emilda sukan sangat makan jagung. Kalau boleh tiap2 hai nak makan jagung. Kalau pergi pasar malam jer, mesti suruh aku atau ayahnya belikan jagung. Tak tahulah Alya Emilda ikut tekak sapa sampai dia suka sangat makan jagung. Mungkin juga dia mengikut favourite Nenek dan Uwan nya. Sebab mak dan my mother in law pun suka makan jagung... Layan...






Makan pun nak possing jugak....

Wednesday, February 9, 2011

Family Day Keluarga Haji Bahar Juani & Hajah Juriah

Alhamdulillah... syukur ke hadrat Illahi kerana hasrat kami sekeluarga untuk mengadakan Family Day telah berjalan dengan jayanya sepertimana yang telah dirancang. Family tersebut telah diakan sempena cuti Hari Natal 25 Disember yang lalu. Destinasi Family Day kami ialah di Sungkai,Perak. Rupanya di negeri Perak nie banyak jugak tempat2 yang menarik untuk dikunjungi. Hot Spring Sungai Klah dan Maya Homestay, Feldajaya Utara menjadi pilihan kami..
Untuk Family Day yang baru pertama kali diadakan ini, aku dan My hubby dilantik oleh AJK family aku untuk menjadi organizer..Ehem.. Ehem.. Bukan senang nak jadi organizer nie. Pening jugak nak memikio kan tempat mana yang sesuai untuk kami buat Family Day nie. Belum habis pening, tambah pulak sakit kepala nak buat aturcara majlis. huhu..
Nasib baik My Incik hubby banyak membantu aku dalam menguruskan banyak perkara.

Antaranya, dialah yang bagi idea pada aku macam mana balut hamper2 nie. Kalau aku yang buat solang2, alamatnya tak siap2..hehee
Separuh siap

Tadaa... akhirnya siap juga hamper2 nie.. (credit to My hubby, muah,muah)


Aku sekeluarga, Along dan Uda pergi kesana dengan menaiki van. Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 7.30am.

Inilah Pilot kami iaitu My Incik Hubby..


Kami singah di Kawasan Rehat Bukit Dukung untuk breakfast..isi perut dulu maa..







Lepas dah isi perut, kami pun teruskan semula perjalanan kami ke Sungkai.


Selepas exit tol Sungkai, kami berehat sebentar sambil menunggu ahli keluarga lain yang belum sampai.


Sempat jugak Tomel2 Nie berpossing..





Bila semuanya dah sampai, kini tibalah masanya ke destinasi kami yang pertama iaitu mandi manda di Sungai Klah Hot Spring.







Selain daripada aktiviti mandi manda, kami ak lepaskan peluang untuk merebus telur
disini





Setelah penat mandi manda di Sungai Klah, kami pun balik ke homestay kami yang terletak kira 15 minit aje dari Sungai Klah. Sebelah malamnya aktiviti kami ialah BBQ dan karok... hehee. Memang best..










Keesokan harinya adalah hari kemuncaknya. Pagi tu pagi adakan family game. Semua sporting habis, x kira ibu bapa, anak2 semua join sekali







InsyaAllah... destinasi kami untuk family day pada tahun ini adalah Gambang Kuantan. Semoga Family Day ini akan menjadi acara tahunan bagi family kami untuk mengukuhkan ukhwah antara kami sekeluarga....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...