Monday, November 1, 2010

JALAN-JALAN HUJUNG MINGGU

Dah hampir 3 minggu aku dgn hubby janji dgn tomel2 nie nak naik cruise dekat The Mines. Seperti yang dijanjikan, semalam kami pun pergilah.... tapi x jadi nak naik sebab ramai sangat orang. Kebetulan semalam ada PGA tournament Golf dekat Mines, jadi ramai sangat orang dekat sana semalam. Tak pelah, next time kita naik ya Cayang....

Bila duduk dekat tepi tasik tu, banyak pulak ikan. Excited sangat tomel2 nie bila tgk ada banyak ikan dekat dlm tasik tu. Hubby aku pun pergi cari roti untuk bagi ikan2 tu makan. semakin seronok lah tomel2 nie tgk ikan sambil bagi makan dekat ikan2 tu. Ikan tu pun berebut2 nak makan.... seronok sangat.

Lepas tu, kami bawak tomel2 dekat tempat permainan kanak2... ada beberapa permainan yang sempat tomel2 nie naik. Dulu masa pergi funfair dekat semenyih sentral, tomel2 nie takut nak naik apa2 permainan sorang2, tspi semalam ok pulak. Siap lambai2 lagi dekat ibu dgn ayah. Itu tandanya tomel2 nie dah besar dan berani... hehee





Monday, October 25, 2010

Diet Maknanya "Makan Makanan Yang Seimbang"



Aduhai....
Ibu nak kuruskan badan balik.... huhuuu. Bukan mudah rupanya nak dapatkan berat badan yang ideal. Lepas bersalin sampai sekarang, berat badan still lagi tak turun2.. Lepas ambil produk HL nie, alhamdulillah dalam masa sebulan nie, berat badan dah turun sedikit demi sedikit... Tapi tak boleh 100% bergantung pada produk sahaja. Produk nie hanya 30% saje membantu kita untuk turunkan berat badan, lagi 70% tu datangnya dari usaha kita sendiri. Yang Paling mencabar nak kontrol nafsu makan... ngeh ngeh..ngeh.
Buat masa sekarang nie, kalau boleh aku tak nak makan nasi dan hampir 2 minggu aku dah tak makan nasi secara konsisten. Selain daripada itu, aku jugak buat simple exercise iaitu skipping selama 30-40 minit setiap hari. Nampaknya dalam masa dua minggu nie berat badan aku dah turun sebanyak 1.5kg. terasa ringan sikit badan... heheee
Target aku dalam masa 2 bulan lagi, aku nak turun lagi 10kg, kalau dapat turun lebih pun alhamdulillah..
Chayok2.... Kalau orang lain boleh, aku pun pasti boleh


Nak maintain macam dolu2..

Monday, September 6, 2010

Raya, Raya, Raya

Tahun ni merupakan tahun kedua aku dan hubby menyambut hari raya aidilfitri bersama2 dengan Alya Emilda.... Biasanya sebelum kahwin, persiapan raya kebanyakkannya dibuat untuk diri sendiri. Tapi bila dah ada keluarga sendiri dan ada anak, persiapan untuk anak lebih diutamakan. Baju raya sebelum puasa dah tempah... hehee.

Cuma nak cari beberapa helai baju untuk Tomel2 Nie.. Hari Jumaat lepas, aku, hubby dan keluarga Mak Usuk dah survey baju dekat Downtown Jalan Reko. Tapi tak ada satu baju pun yang berkenan. Harga pun boleh tahan mahal... Last2 kami balik dan tak beli apa2 baju, tapi my hubby sempat jugak rembat 2 pasang kasut Crocs...

Selain baju raya, ada jugak aku buat beberapa jenis kuih, antaranya tat nenas, conflakes madu, biskut coklat rice dan malatup cookies.... (memang malatup rasanya).
Bukannya tak nak beli, tapi rasanya tahun nie nak buat kuih dari air tangan sendiri. Baru my hubby tahu, yang wife dia sebenarnya serba boleh.... masak boleh, buat kuih boleh, makan pun boleh.... opsss.

Friday, August 20, 2010

Salam Ramadhan



Alhamdulillah.....

Hari nie merupakan hari yang ke 10 umat islam menunaikan ibadah puasa. Dan tahun nie merupakan tahun yang kedua buat aku dan suamiku menyambut ramadhan bersama Alya Emilda. Dalam menyambut Ibadah Puasa nie, seperti biasa pukul 4.30am aku dan ibu mertuaku dah bangun untuk sediakan sarapan bersahur. Bila balik dari kerja, kami masak untuk berbuka pulak...

Tapi tahun nie, selalunya hanya kami bertiga saje yang berbuka dirumah (aku, suami dan ibu mertua. Tapi Alya Emilda pun turut sama berbuka dengan kami... (konon2 lah tu)..Ayah mertuaku serta adik iparku biasanya akan berbuka di Pasar Ramdhan sebab tahun nie keluarga mentuaku meniaga air tebu di Pasar Ramadhan...

Sempena bulan yang mulia nie, kami sekeluarga megucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada keluarga dan sahabat handai semua... Salam Ramadhan..

Thursday, March 11, 2010

NIE TOMEL2 NIE DAH PANDAI NAK BERCAKAP DAN BERJALAN

Terasa sungguh indah bila dan bermakna dapat melihat anak membesar depan mata serta melihat perubahan demi perubahan yang berlaku pada dirinya. Baru-baru ni, Alya Emilda dah pandai sebut beberapa perkataan antaranya :- nak, tak, yah (ayah), bu (ibu), eyyo(hello), tu (sambil tangan dan muncungnya tunjuk sesuatu), cat.

Iklan yang Tomel2 Nie suka tengok:- Macam2 Aznil, Ribena, Upin Upin, Fernleaf,
Kalau iklan2 ni keluar je dekat TV, Tomel2 Nie tak bergerak sambil mata tak berkelip pun depan TV. Kadang2 kalau time mood Tomel2 Nie baik, siap tepuk tangan lagi kalau ada iklan yang dia minat.

Lagu yang Tomel2 Nie suka dengar :- Twinkle2 Little Star, ABC Song, Happy Birthday, Lenggang2 Kangkung, Tepuk Amai2, Nya Nya Nya (Lagu Tomel2 Nie cipta sendiri)

Yang Paling Tomel2 Nie suka bila dengar Azan Berkumandang. Dari dia kecik sampai sekarang, kalau dengar je Azan dia akan merangkak ke depan TV dan dengar orang Azan sampai habis....

Sekarang nie Alya Emilda dah berani nak menapak tanpa pegang apa2. Walau pun hanya berani melangkah setapak dua, itu menandakan Tomel2 Nie ada Insentif nak berjalan. Rasanya tak sabar nak tengok Alya Emilda berjalan sendiri. Hari tu Ayah cakap, kalau Alya Emilda dah pandai berjalan Ayah nak bawak pergi Aquaria ataupun Zoo Negara.
Nie Tomel2 Nie Cepat Berjalan Tau!!!!

Thursday, March 4, 2010

ALYA EMILDA DAH SETAHUN




Pejam celik pejam celik, Nie Tomel2 Nie dah setahun umurnya pada 12.02.2010 yang lalu. Pada malam birthday girl tu, keluarga Hj.Zubir buat selebration untuk Alya Emilda. Kami sekeluarga rasa terharu sangat. Gambar akan du upload kemudian.... hehehe...





Tapi aku berhajat jugak nak sambut lagi sekali birthday girl nie. Mungkin nak buat kenduri doa selamat... InsyaAllah.... Kali nie nak panggil saudara mara dan kawan2 terdekat....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...