Tuesday, September 18, 2012

Gelagat Anakku

Assalammualikum.....

Yuhuu.... hari ini aku bersemangat nak update blog ku yang lama sudah ku tinggalkan. Aku nak mulakan kehidupan yang baru serta lupakan segala kesedihan yang menyelubungi hidupku beberapa minggu yang lepas.... Live Must Go On..... (macam tajuk lagu lah pulak)

Kali ini aku nak update tentang gambar Kakak & Izz Aiman bila beraksi depan kamera. Amboi, macam artis gitu... hehee... Layanzzzz...


Hai.... Saya Izz Aiman


Kakak & Izz Aiman


Anak Daro Possing Gitu


Smile..


Gigi Sapa Yang Lebih Cantik.... Boleh Buat Iklan Ubat Gigi... Chesee....



Senyum....


Nak Tunjuk Gigi lah Tu...


Tolong!!!! Izz Aiman Buli Kakak


Prince & Princess

Wednesday, August 15, 2012

Sayu

Lama dah tak update blog nie. Bukannya malas tapi baru2 ni ada peristiwa yang sangat menghayatkan hati telah berlaku dalam hidupku. Terasa lemah sangat jari aku nak tekan satu persatu huruf dekat key board pada kali ini. Hati aku terasa sangat sayu dan terasa ada airmata yang bertakung dikelopak mataku. Dan terasa lebih syahdu bila kedengaran lagu hari raya yang berkumandang.

Pada 29hb Julai yang lalu, aku telah keguguran anak yang ke 3. Pada mulanya aku tak sangka darah yang keluar adalah tanda bleeding. Aku ingatkan hanya darah period biasa. Tapi lama kelamaan makin banyak darah yang keluar sehingga badan aku rasa tersangat lemah. Bila aku cuba nak bangun, aku rasa macam nak pitam. Namun aku sempat duduk semula. Pada ketika itu, hubby dan kakak tak ada dekat rumah. Hanya aku dan Izz Aiman aje . Izz Aiman pulak masa tu meragam. Kesian anak ibu, aku nak merangkak pun tak boleh apatahlagi nak dukung dia.

Banyak kali aku cuba call hubby, tapi dia tak dengar. Sebab masa tu dia dah berniaga dekat bazar ramadhan. Akhir sekali aku hubungi adik iparku, dan aku beritahu suruh hubby balik sebab aku betul2 dah tak larat. Bila hubby balik, dia tengok aku dah pucat lesi dan kemudian hubby call untuk dapatkan ambulan supaya aku dibawa ke hospital. Mak mentua aku yang temankan aku sepanjang perjalanan ke hospital.

Bila sampai di hospital, aku terus dibawa ke Wad Kecemasan. Setelah doktor membuat pemeriksaan, doktor memberitahu bahawa aku keguguran. Terkejut juga aku masa tu. Aku nampak ada linangan airmata dimata hubby aku. Mungkin dah takdir bukan rezeki kami dan kami redha..

Hanya tinggal beberapa hari lagi seluruh umat islam akan menyambut hari raya. Namun aku dan hubby belum beli dan buat apa2 persiapan pun. Kesian kakak dan Izz. InsyaAllah, esok lepas kerja, aku dan hubby dah janji nak beli barang dan baju untuk budak berdua tu. Lagipun aku baru habis berpantang selama 2 minggu. Tu yang lambat sikit buat persiapan. Bagi aku dengan hubby, baju tahun lepas pun tak apa, asalkan anak2 ada baju baru untuk dipakai. Bukannya tak nak beli, tapi macam tak kisah sangat pasal baju. Yang penting keperluan anak2 diutamakan.....

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga. Maaf Zahir Batin.


Tuesday, July 24, 2012

Ahlan Wahsahlan Ya Ramadhan.

Asslammualaikum....




Hari ini merupakan hari yang ke- 4 seluruh umat islam menunaikan rukun islam yang ke 3 iaitu berpuasa dibulan ramadhan. Bila sebut aje bulan puasa banyak pengalaman suka duka dan lucu ketika menunaikan ibadah puasa ni sewaktu masih kecik2 lagi.... Bila diingat kembali kadang2 boleh tergelak sendiri dibuatnya.

Aku rasa aku start mula belajar puasa ketika umur aku 5 tahun. Waktu tu macam2 dugaan dibulan puasa. Al maklumlah budak baru nak belajar berpuasa. Nak bangun bersahur sudah semestinya liat nak bangun. Agaknya selagi tak sepuluh kali mak dan kakak2 ku kejut, belum tentu aku nak bangun. First day puasa aku bertahan sampai pukul 12 tengah hari jer. Lepas tu dari sehari ke sehari, mak akan panjangkan masa untuk aku berbuka sampailah aku dapat berpuasa satu hari penuh.

Bila waktu nak berbuka tiba, orang yang paling kecoh ialah abahku. Abah kalau lagi satu jam nak berbuka, dia mesti pastikan semua persiapan nak berbuka dah ready. Pinggan, cawan, tikar mesti dah siap. Kalau tak, alamatnya satu rumah kecoh dengar abah membebel...

"La, dah nak berbuka ni, cawan mana? gelas mana?"

" Lagi 15 minit nak berbuka, mana nasi? kenapa tak senduk nasi lagi?"

"Air basuh tangan tak ambil lagi ke? Air batu tak bancuh lagi? Tak kan satu jenis air je?"

Macam2 ragam abah bila nak tiba waktu nak berbuka. Kakak2 dan abangku cuba bersabar dengan karenah abah. Mengalahkan budak kecik perangai abah.... hehee. Kadang2 air sampai 2,3 jenis..

"Ya abah, sabar"

"Air dah bancur, tapi belum letak air batu lagi abah"

Mak pulak " Hang ni, macam budak2. Cuba Istigafal ke, mengaji ke ada jugak faedahnya"

Tapi itu antara kenangan yang tak dapat nak dilupakan. Adik beradik aku yang lain pun mesti akan tergelak bila teringat masa zaman dulu2 bila nak berbuka puasa.. heheee

Oklah, sempena bulan yang mulia ini akan mendekatkan lagi diri kita kepada Yang Maha Esa. Semoga Ibadah kita akan diterima olehNya... Amin2

Ahlan Wahsahlan Ya Ramadhan.

Thursday, July 19, 2012

Izz Aiman Dah Tumbuh Gigi

Jarang sungguh aku update tentang anak bujang aku sorang nie. Sebenarnya banyak sangat yang aku nak update tentang anak2 aku, tapi bila kamera tak ada rasanya tak seronok nak bercerita. Bila dah ada kamera, barulah semangat nak update sebab boleh upload gambarnya sekali. Insyallah, kalau ada rezeki nanti ibu beli kamera, nanti bolehlah budak bobot & budak comel tu beraksi depan kamera... hehee.. (ke ibunya yang lebih2 nanti)

Hari ni 19 Julai 2012 genap usia Izz Aiman 9 bulan. Pejam celik pejam celik dah 9 bulan usia anak bujang aku nie. Sejak tiga minggu yang lepas Izz Aiman selalu jer demam. Mula2 demam panas, aku kalau anak2 demam panas memang tak boleh nak tidur terutama waktu malam. Sebab biasanya suhu badan akan bertambah panas bila waktu tidur malam. Setiap jam mesti bangun untuk lap kan badannya supaya suhu badannya turun ke suhu yang normal.

Pernah juga bila panas badan tak juga surut, aku terpaksa mandikan dia dengan air asam jawa. Kadang2 budak2 ni bila kita lap badan dan letakkan tuala dekat dahi pasti diaorang akan rasa rimas. Tapi bila berendam dalam air walaupun waktu tu demam mesti suka jer. Sebab tu aku lebih suka mandikan diaorang untuk turunkan suhu badan walaupun waktu tu dah tengah malam.

Hampir 3 hari juga Izz Aiman demam. Aku dengan hubby mestilah risau sebab takut kalau ada penyakit yang lebih teruk. Tapi bila hari yang ke 3 tu aku tengok dekat badan Izz Aiman ada bintik-bintik kecil yang berwarna merah, aku rasa nie mesti nak kena demam campak. Hubby pun belikan air kelapa muda untuk bagi Izz Aiman minum sikit dan sapukan air kelapa muda tu dekat seluruh badannya.




Alhamdulillah, petang tu seluruh badan Izz Aiman keluar campaknya. Dan suhu badan pun dah tak panas seperti sebelumnya....
Seminggu yang lalu, Izz Aiman demam lagi. Tapi kali nie dia demam sebab giginya dah tumbuh. Biasalah budak2, bila ada sesuatu perkara yang baru hadir dalam hidup diaorang mesti demam... Orang tua2 kata demam nak pandai.... heheee... Walau apa pun, setiap kali anak2 aku demam mesti akan tetap rasa bimbang dan perlu menjaga dengan lebih prihatin....


Selain dah tumbuh gigi, sekarang nie anak bujang tu tengah melasak. Dah pandai nak panjat2 meja. Pernah sekali tu aku terleka tengok tv, tiba2 bila aku toleh tengok dia dah berdiri tegak dekat dengan meja kecil. Berderau darah aku sekejap, sebab takut dia terjatuh... Aduhai anak bujang nie.. Tapi memang betullah, anak lelaki lebih lasak daripada anak perempuan... huhuuu

Tuesday, July 17, 2012

Alya Emilda Ke Rombongan Aquaria Dan Muzium TUDM.

Entry nie dah lama, tapi baru hari nie nak update. Pada 30 Jun yang lepas, Sekolah Tadika Nur Raudah telah mengadakan rombongan ke Aquaria KLCC dan Muzium TUDM. Pada mulanya aku dengan hubby tak nak lepaskan Kakak mengikuti rombongan tersebut. Bukannya apa, sebab Kakak kecil lagi. Takut2 dia buat perangai molek dia masa pergi rombongan tu nanti tak ke haru biru dibuatnya. Lagipun aku ataupun hubby tak dapat nak iringi Kakak masa hari rombongan tersebut.

Nak dijadikan cerita, 3 hari sebelum hari rombongan, masa aku balik dari kerja Kakak dah tunggu depan pintu. Biasanya kalau dia tunggu aku balik kerja depan pintu, mesti ada something yang dia nak atau yang dia nak cerita.... (tak sabar lah tu)...

"Ibu, tadi dekat sekolah semua kawan2 dapat surat Cikgu As bagi. Tapi Kakak tak dapat"... dengan nada yang sodih....

"Surat apa?"

"Cikgu As kata surat nak pergi Aquaria."

"Kan Kakak tak pergi, sebab tu Cikgu As tak bagi surat"

"Tapi Kakak nak pergi Aquaria"....

Malam tu aku pun discuss dengan Hubby tentang permintaan Kakak. Hubby kata Kak Lang (cousin my Hubby) ada ikut sekali untuk mengiringi adik kembarnya Wana & Wina. So, hubby aku pun minta tolong Kak Lang untuk jaga Kakak sekali... Esoknya aku dan hubby pun pergi sekolah Kakak untuk buat pendaftaran. Dan Alhamdulillah Cikgu As kata dia sudi nak tolong jaga Kakak sepanjang rombongan tersebut. Barulah lega hati kami nak lepaskan Kakak ikut rombongan tersebut...

Sehari sebelum nak pergi rombongan, Kakak tunggu lagi aku depan pintu masa aku balik dari kerja. Macam biasalah, mesti ada something yang dia nak bagitahu..

"Ibu, esok Kakak nak pergi Aquaria tapi kakak tak ada kasutlah bu..."

" Kalau tak ada kasut, Kakak pakailah selipar kan ada"

"Tapi cikgu kata kena pakai kasut"

Aku memang dah plan nak belikan kasut sport untuk kakak. Jadi malam tu aku dengan hubby pun pergilah kedai kasut dan belikan Kakak kasut. Balik aje dari kedai, terus nak pakai kasut tu. Biasalah budak2 excited sangat sebab dapat kasut baru. Sampai nak tidur still lagi nak pakai kasut.... huhuu...

Gambar sepanjang rombongan tersebut . Ambil dekat dalam FB Cikgu As & Mak Ucuk..
Layan jer gambar2 nya...


Balik jer dari rombongan, bercerita tak henti2... hehehee
Walau apapun terima kasih pada Cikgu As serta semua cikgu-cikgu yang turut sama menjaga serta melayan karenah anak daro nie.... Terima kasih jugak dekat Kak Lang Shahidah.

Orang Lain Makan Cili, Orang Lain Pulak Terasa KepedasanNya...

Aduhai.......... Tak tahu nak gelak ke nak sedih hari nie.... Korang ingat lagi tak pasal entry aku berkenaan dengan kesabaran..... Orang yang dalam watak2 Drama kesabaran tu dah lama pun minta maaf dekat aku setelah berkat kesabaran aku dan berkat doa supaya Allah berikan hidayah pada mereka. Alhamdulillah... Dan aku pun dah maafkan segala kesalahan diaorang. Yalah kan, sedangkan Nabi pun ampunkan umatnya, nie kan pulak aku nie hanyalah insan biasa.

Tapi yang peliknyaaaaaaaaaaaaa.... amboi panjangnya pelik tu.... heheehee... baru2 nie ada pulak orang lain yang terasa.....Aduhai. Dan paling aku sedih orang tu tak tahu hujung pangkal cerita, dan main serkap jarang dah menyebarkan pada yang lain pulak.... Aduhai. Lepas tu cakap macam2 dekat belakang aku....Aduhai Lagi.... Bukan sekali dua macam nie, dah banyak kali.

Dan yang paling sedih, ada suatu insiden yang diluar jangkaan aku. Lain kali aku tak nak buat apa2 transfer dengan Hong Leong Bank lagi. Dah 2 minggu tunggu jawapan akhirnya pihak Hong Leong dah pun nak keluarkan surat tunjuk sebab. Dan aku tunggu surat tu sampai jer dekat tangan aku. Insyallah dalam minggu ni akan sampai.

Aku diam jer selama nie, sebab tunggu bukti, nanti orang kata aku ni menipu pulak. Tak pelah, orang yang berada di tempat kebenaran Allah akan sentiasa lindung. Tak kisahlah nak kata apa pun, ko jugak yang dapat dosa kering jer nanti. Nanti bila dah ada bukti depan mata baru nak diam agaknya... Mungkin aku ni bukanlah orang yang berharta, tapi tak bermakna aku nak ambil kesempatan dan tipu darah daging sendiri. Tak kan lah bila orang dah tolong kita, kita nak buat "taik" pulak dekat dia.....

Yang sedihnya lagi, tak tahu apa2 janganlah main serkap jarang aje. Jangan nak menuduh tak tentu pasal. Dan tak bermakna kalau aku diam tu, boleh ko cerita sesedap mulut jer..... Tak bermakna aku diam tu ertinya aku bersalah. Kadang2 diam tu lebih baik daripada bercakap. Hanya tunggu masa jer nak tunjukkan kebenarannya..
Yang herannya, kesalahan sendiri tak nampak tapi kesalahan orang pulak dijajanya....
Dan apa yang aku nak pakai, tak ada kena mengena pun dengan hidup ko..... Aku tak minta pun duit ko untuk bayarkan apa yang aku nak pakai....
Yang nie nak terasa ke terasalah sebab nie memang khas untuk ko.... Psst..... Sapa Tu????
Agaknya lepas baca jer entry aku kali nie ntah apa lagi agaknya agenda dia.... huhu.... so sad..

Berbalik pada tajuk hari nie, Orang Lain Yang Makan Cili, Orang Lain Pulak Yang Terasa Kepedasannya.... Sapa Nak Jawab????






P/s: Cili nie kalau buek masak lomak cili api pun sodap... mak mentuo lalu belakang pun tak nampak jang..

Thursday, May 24, 2012

AEON CREDIT @ AH LONG




Panasnya hati aku hari ni. Sejak 2 minggu lepas orang Aeon Credit (AC) asyik kejar payment jer dengan aku. Masa bulan lepas diaorang terlebih potong dalam akaun aku sebanyak RM 50. Dah banyak kali aku call suruh diorang return balik payment tu. Sampai nak fed up aku. Last2 aku decided supaya RM 50 tu just forward untuk next payment.

Bila kes diorang terlebih potong dalam akaun aku, aku rasa dah serik sangat nak buat Auto Debit. Jadi dalam bank akaun AD aku tu, aku tak bank in pun duit untuk next payment. Dipendekkan cerita, balance yang aku sepatut kena bayar untuk this payment RM 30 sahaja sebab last mont dia orang dah terlebih potong. Tarikh Due kena bayar ialah setiap 2nd. Oleh sebab dalam akaun aku tak ada duit, jadi diorang tak boleh nak buat AD dekat akaun aku.
Dek sebab sakit hati sangat, last month buat aku macam peminta sedekah jer balik duit aku jadi this month aku buat 'bodo' jer bila diaorang call. Aku ingat pasal RM 30 tu diaorang tak adalah kejar macam hutang ribu2. Rupanya cara diorang nak collect payment lebih teruk dari Ah Long agaknya.

Mula2 call office aku. Lepas tu datang rumah aku. Aduhai pasal RM 30 diorang kejar sampai rumah. Nasib baik masa dia datang hubby aku ada. Hubby aku kata, dia tak tahu apa2 & tak ada duit nak bayar. Last dia call bagitahu payment aku dah nak masuk 2 bulan tertunggak. Padahal due 2nd. Tapi baru 23hb diaorang kata nak nak masuk 2 bulan. Memang aku hangin satu badan. Lepas tu orang yang call aku tu siap boleh cakap" Hari nie dah masuk gajikan, saya dah check dengan unit gaji Puan dah masuk hari ini"
Eh! apa hak ko nak check pasal gaji aku pulak?? Memang macam S----.

Semalam dapat gaji, aku bayar terus tunggakan RM 30 + Installment untuk next month payment. Tapi tengah hari ini, ada orang dari Aeon Credit datang Office aku nak minta RM 3 untuk clearkan nama aku dari akaun tunggakan. Mak Datuk, RM 3 ya Puan2 sekalian. RM 3 pun diorang sanggup datang cari aku dekat Office.....

Aku tak tahu nak cakap apa...... teramat sakit hati sangat2.
Lepas ni klu dia call lagi memang nak kena maki dengan aku.

50 Rangsangan Anak Bijak

Assalammualikum........

Hari ini aku nak kongsi beberapa tips untuk meransang minda anak anda menjadi bijak.

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1. BERTENTANG MATA. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adlah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.
2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. Lakikan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi Iqnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4. JELIRKAN LIDAH. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
5. HASILKAN BUKU BINATANG. Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6. GELETEKLAH BAYI ANDA. Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
7. TUNJUKKAN PERBEZAAN. Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.
8. BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu” atau “Besarkan pokok ni!” atau “ Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11. SENTUH DAN RASA. Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12. PERGI MEMBELI-BELAH. Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13. BERI KATA KUNCI. Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14. BERI KEJUTAN. Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15. SEDIAKAN BANYAK TISU. Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16. BACA BUKU. Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17. MAIN CAK-CAK. Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18. JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19. MAIN DENGAN WARNA. Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21. ANGKATKAN SAHAJA. Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22. BIAR DIA MEMBEBEL. Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
23. LATIHAN MENEKA. Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24. BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan dia tas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25. IKUT RENTAKNYA. Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26. BUAT MUKA LAWAK. Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27. RASA SEKELILING ANDA. Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.

28. CERITAKAN KISAH DONGENG. Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29. BAYANGAN WAJAH. Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.

30. (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS. Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31. GOYANGKAN BADAN. Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32. JADILAH TAMAN PERMAINAN. Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33. KIRA SEMUANYA. Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34. GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA. Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)

35. TUTUP TV. Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan drngan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya

36. TUKAR PEMANDANGAN. Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37. MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA. Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dlam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38. RAKAM VIDEO UNTUKNYA. Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39. MAIN HUJAN. Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40. MENANGKAP SERANGGA. Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41. BERGURAU-SENDA. Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakana “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42. MAIN DENGAN PAKAIAN. Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43. AJAR TENTANG ISIPADU. Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
44. HASILKAN ALBUM KELUARGA. Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45. SURUH ANAK MEMBUAT KERJA. Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
46. PERGI KE PERPUSTAKAAN. Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47. CONTOHI CARA SESAME STREET. Khaskan satu minggu untuk satu abjad. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48. MAIN BERULANG-ULANG. Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
49. MAIN “TIRU-MENIRU”. Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50. BERCAKAP TENTANG PERASAAN. Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Sumber : mahsuri.com.my

Thursday, May 17, 2012

Izz Aiman..... Tak Nak Minum Susu


Aduhai, sejak akhir2 nie, kepala aku ada sikit migrain. Sebabnya Budak Bobot Izz Aiman meragam jer malam2 menyebabkan aku kurang tido. Disebabkan kurang tido, maka datanglah Cik Migrain bertenggek dikepalaku. huhuu....

Kalau dekat rumah Mama Ecah (Pengasuh Izz), Izz ok jer minum susu formula (SF). Tapi bila dekat rumah, sekali pun susah dia nak minum SF. Susu Badan aku dah semakin kurang productionnya. Jadi aku ambil alternatif gantikan SF untuk Izz. Bila waktu malam, Izz selalu meragam, mungkin dia nak susu badan, tapi kurang productionnya. Dan dia lapar, sebab tak cukup susu. Bila aku bagi dia minum SF mesti dia tolak2 dengan tangan dia. Tak Nak minum....



Aku dah berusaha untuk perbanyakkan kembali susu badan ku. Tapi apakan daya..... Tak pe, aku akan terus berusaha dan berdoa semoga air susu ku akan cukup untuk Izz.

P/s: Untuk Budak Bobot, Ibu akan cuba petua2 yang membolehkan kembalikan susu ibu banyak macam dulu. Ibu nak anak ibu membesar dengan sihat....

Monday, April 30, 2012

Ipad , Samsung Galaxy Tab @ Tablet Pc

Bila bercakap tentang Ipad, aku ada jugak skodeng harga dalam internet. Nak tengok mana yang murah & sesuai dengan budjet. Skodeng punya skodeng, rupa-rupanya selain daripada Ipad & Samsung Galaxy Tab, ada jugak Tablet Pc yang functionnya lebih kurang sama dengan Ipad & Samsung Galaxy Tab.
Harga sebuah Tablet Pc pun jauh lebih murah berbanding dengan Ipad. Macam2 jenama yang ada. Pening jugak dibuatnya + rambang mata tengok Tablet Pc nie.









Balik keje nanti bolehlah discuss dengan My Hubby tentang Tablet Pc nie. Manalah tahu boleh belikan untuk Kakak satu. (Ibu jer yang lebih2 nak Tablet Pc tu) heheee

Ipad 4 Kids

Sebenarnya dah lama kakak nak Ipad. Tapi apakan daya, ekonomi tidak mengizinkan untuk aku dan hubby belikan Ipad untuk kakak. Buat sementera waktu, aku belikan Ipad 4 Kids ni untuk kakak dan Izz Aiman main sama2.



Walaupun functionnya jauh berbeza dengan Ipad, tapi yang penting Ipad 4 Kids ni touch screen. InsyaAllah, bila ayah dan ibu dah ada duit nanti akan belikan untuk kakak dan Izz Aiman Ipad.
InsyaAllah.....

Friday, April 27, 2012

Aku Dah Hilang Kesabaran

Entah kenapa hari nie tajuk ada kena mengena dengan "Sabar". Entry sebelum nie pun berkenaan dengan tips untuk ibu2 yang hilang sabar. Tapi entry kali nie aku dah betul2 hilang sabar. Tapi bukan hilang sabar dengan anak2, tapi dengan mereka2 yang kaki kipoci.....Aku ni bukan jenis orang yang suka sangat nak jaga tepi kain orang. Tapi bila ada orang yang dok sibuk2 nak selak2 kain aku, memang aku hilang kesabaran. Korang yang lain boleh sabar ke???

Ada beberapa karektor dalam DRAMA aku dah hilang sabar ni
Watak A : Memang dari dulu tak habis2 nak cari kesalahan orang. Dia aje yang betul. Sembahyang tak tinggal konon, tapi hati macam C----- mulut macam P----
Watak B : Tukang mengiyakan cerita2 Si A. Nampak macam baik, tapi musuh dalam selimut.
Watak C : Yang lupa daratan
Watak D : Menggelabah tak tentu pasal. Suka buat tuduhan tanpa usul periksa. Ala2 kipoci pun ada
Watak E : Yang nie memang kipoci habis. Kalau mengata dan menyibuk hal orang memang No.1. Bila masa susah mulut manis sangat. Tapi belakang mengata aje. Hal sendiri tak nak pulak jaga.

Aku tak kisah sangat dengan korang, apa korang nak kata, nak mengumpat ke, nak korek2 rahsiake, suka hati koranglah.... Apa yang penting aku hidup bahgia dengan suami dan anak2 aku.

Kepada watak2 yang suka mengata & Kipoci tu, aku tak mampu nak tutup mulut korang. Mengatalah selagi korang mampu. Bawalah cerita2 sensasi korang untuk jadi bahan umpat korang tu. Mungkin satu hari nanti boleh keluar dalam MELODI. hehehe...

Kepada watak yang lupa daratan tu, aku harap ko sedar sikit apa yang ko cakap. Jangan meludah ke langit, aku takut nanti terkena balik dekat muka ko. Jangan jadi kacang yang lupakan kulit. Baru senang sikit jer tu.....

Kepada Watak si A, aku harap ko insaflah cepat2. Jagalah sikit mulut ko tu. Aku takut suatu hari nanti kerana mulut santan binasa. Semoga Ibadah yang ko dirikan akan menjadikan ko seorang yang lebih beriman.

Soorylah aku dah bosan dengan sikap korang2 semua.... Aku mohon pada Allah agar suatu hari nanti pintu hati korang akan terbuka untuk insaf.
Amin....


Bila Ibu"Hilang Sabar"





Pernah tak korang alami dimana situasinya bila anak meragam korang berada ditahap yang hilang sabar? Kadang2 aku pun sama jugak. Macam mana tak hilang kesabaranku, kadang2 kakak menangis merengek2 tanpa sebab. Izz Aiman pulak tak boleh diletak, asyik nak dipangku, sedangkan masih ada kerja yang belum dibereskan.... Keadaan rumah pulak macam kapal nak pecah...

Aku ada terbaca sebuah artikel berkenaan ibu yang hilang sabar. Dalam artikel nie ada beberapa tips mudah untuk mengelakkan, mengurangkan, atau paling tidak sekiranya berlaku, bagaimana untuk menenangkan diri kembali dengan cepat.

1. Ikhlaskan niat


Segalanya kembali kepada niat dan kebergantungan diri kita kepada Allah SWT. Anak adalah anugerah dari Allah SWT buat kita. Kita cuma dipertanggung jawabkan untuk mendidik mereka dengan baik. Adapun apa hasilnya kita kembalikan kepada Allah SWT.

Bahkan anak seorang nabi pun belum tentu terjamin keimanan mereka, apatah lagi anak kita, seorang manusia yang serba kekurangan dan banyak dosa. Kembalikan semuanya kepada Allah. Cuma pastikan dihadapan Allah nanti kita boleh menjawab, “Ya Allah, aku telah melakukan semampu aku, adapun sesuatu yang aku tidak mampu, maafkanlah aku ya Allah.”

Apabila kita mempunyai minda seperti ini, maka apapun cubaan dan dugaan yang datang menimpa, kita akan tabah menghadapinya. Seperti sabda Nabi Muhammad SAW, “Aku hairan melihat seorang yang beriman, sekiranya dia ditimpa kesenangan dia bersyukur dan merasakan ianya adalah kebaikan. Akan tetapi apabila dia ditimpa musibah dia bersabar, dan baginya musibah itu juga adalah sesuatu yang baik.”


2. Rancang Pendidikan Anak

“If you fail to plan, you’re plan to fail”.


Perasaan “hilang sabar” biasanya berlaku apa bila kita buntu menghadapi masalah anak-anak. Pelbagai usaha dah dilakukan namun masih tidak berjaya merubah apa-apa. Mereka tetap berperangai sebegitu. Lama kelamaan ibu pun makin tertekan dengan perangai anak-anak sehingga melabelkan diri sebagai seorang yang gagal.

Di dalam keadaan tersebut, ibu bapa yang sudah tidak tahu bagaimana mahu bertindak, akan lebih mudah menggunakan kekerasan, suatu jalan “short-cut” dalam mendidik anak. Kerana ianya kelihatan “berkesan” dengan serta-merta.

Berlainan dengan ibu bapa yang sudah pun mempersiapkan diri mereka dengan ilmu keibubapaan, mereka lebih kebal terhadap tindakan anak-anak. Mereka sudah mengenai tabiat seorang kanak-kanak dan di dalam minda mereka sudah ada Perancangan, bagaimana menangani setiap satu masalah yang menimpa.

Mereka lebih tenang, lebih bersabar dan lebih bertindak rasional. Akhirnya anak pun turut belajar bagaimana mempunyai sikap yang sama. Suatu pepatah mengatakan,

“Memanah tanpa sasaran, takkan pernah tepat”

Sekiranya kita tiada tempat tujuan, perjalanan kita tak akan pernah tamat. Satu perjalanan yang cantik adalah perjalanan yang dilalui dengan peta yang sudahpun di hadam baik oleh pemandu. Mereka yang menghabiskan sedikit masa memerhatikan peta sebelum mula berjalan dapat menjimatkan banyak masa, berbanding orang yang tidak menggunakan peta kemudian tersesat jalan.

Bina peta tersebut untuk pendidikan anak anda. Dalami ilmu sebelum tersilap langkah. Pesan nabi, “Sekiranya kamu menginginkan dunia maka cari lah ilmu, sekiranya kamu menginginkan akhirat maka carilah ilmu. Dan sekiranya kamu menginginkan keduanya juga, maka carilah ilmu.”

3. Ingat yang mereka adalah kanak-kanak

“Hilang sabar” biasanya berlaku apabila anak tidak bertindak sebagaimana yang kita harapkan. Kita mengharapkan mereka membesar dalam suasana yang baik, dipenuhi keperluannya, didberi pendidikan dan suasana yang baik, lalu mereka akan membesar menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Kemudiannya anak nantilah yang boleh diharap menjaga adik-adiknya, membantu kerja-kerja rumah, dan menghiburkan kita.

Namun yang terjadi sebaliknya, anak kuat mengamuk, selalu meminta-minta sesuatu yang tidak baik untuk dirinya, liar, buas dan sukar dikawal. Keadaan rumah yang tenang tatkala kita masih cuma berdua, kini sudah lama tak dirasai.
Perumpamaannya adalah seperti dialog ini,

“Kenapalah kamu ni selalu berperangai macam budak-budak! Langsung tak boleh diharap!” Marah ibu.

“Sebab saya memang budak-budak!”dijawab kembali oleh anak.

“oh ye ke…”

Mungkin sudah masanya kita kembali meneliti harapan kita terhadap anak-anak. Ibubapa memang biasanya menaruh harapan yang tinggi terhadap anak-anak mereka. Mengharap anak kita adalah anak istimewa yang mampu buat apa sahaja dan menjadi orang yang apling sempurna.

Sedangkan kanak-kanak adalah kanak-kanak. Untuk mengawal saraf dan otot mereka sendiri pun masih belum mahir, apatah lagi mengawal emosi dan keinginan, suatu yang kebanyakan orang dewasa pun masih tak mampu kawal dengan baik.

Mereka baru hidup beberapa tahun, dengan ilmu dan pengalaman yang begitu cetek, bagaimana mungkin mereka dapat menjadi seorang yang matang? Mereka cuma seorang kanak-kanak. Hadapilah mereka dengan sikap memaafkan dan berlemah lembut.

Insya’allah dengan 3 petua tadi, kita akan lebih mudah mengurangkan atau menjarangkan keadaan “hilang sabar” berlaku, dan seterusnya keadaan rumah tangga lebih harmoni dan bahagia.


Thursday, April 19, 2012

Ayah.... Tolong Botakkan Rambut Ibu




  Huhu..... Sedihnya bila mengenangkan tentang rambutku yang berguguran. Teman udah tidok tahu nak buat lagi dengan rambut teman nie. Bila syampu rambut, mesti banyak rambut yang gugur. Lantai dekat rumah pun penuh dengan rambut-rambutku... Kalau disikat rambut teman nie, banyaknya yang melekat disikat tu jangan cakap le.... macam orang penyakit kanser pun ada rupanya...

Kadang- kadang, Kakak siap tegur lagi aku."Kenapa banyak sangat rambut ibu gugur?"  huhu...
Aduhai kakak, ini perkara biasa bila selepas bersalin. Masa selepas beberapa bulan ibu bersalin kan Kakak pun, rambut ibu gugur jugak.

Udah tension ibu dibuatnya.. Sampai satu tahap ibu cakap dekat ayah "Ayah, tolong botakkan rambut Ibu"
Kalau ibu pun botak, hilanglah rupa keibuan teman.. huhuuu
Tak pe, hari nie teman nak kongsi beberapa petua untuk kurangkan rambut gugur

Petua 1
 
Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa. 

Petua 2 
Ambik serai 4,5 batang dan titikkan. Rebus dengan air 2,3 cawan dan biarkan mengering sampai tinggal secawan je. Biarkan sejuk. Lepas tu ambik dan lumurkan atas kepala. Biarkan sejam. Lepas tu boleh mandi dan syampu macam biasa

Nampaknya, teman akan cuba petua yang telah diberi. Moga2 rambut teman tidok gugur lagi...

Tuesday, April 17, 2012

Kakak @Tadika Nur Raudah


Apa khabar semua... hari ni aku nak kongsi gelagat Kakak semasa di sekolah. Sepertimana yang  korang tahu, Kakak baru jer 3 tahun kan. Tapi semangat kakak nak pergi sekolah tu amat membanggakan aku dengan ayahnya.

Walaupun baru 3 tahun, tapi kakak seorang yang bijak, berdikari dan pandai sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Cuma satu jer perangai kakak yang kadang2 cikgu pun pening jugak dibuatnya. Kakak suka sangat menangis & merajuk bila ada sesuatu yang tak kena, Dan suka sangat nak dipeluk selalu. Memandangkan kakak baru jer 3 tahun, mestilah terlebih manja.

Terima kasih  pada cikgu-cikgu terutama cikgu as yang sudi mendidik kakak. Ini adalah antara gambar yang diambil oleh cikgu as semasa dekat sekolah. Terima kasih cikgu as sebab sudi upload gambar2 nie dekat FB. Ibu copy & paste jer...... Layan....



Belajar Solat

Sempat jugak Nak Possing Tu
Jom Ambil Gambar Dulu

Senyun Sapa Yang Paling Manis Sekali?? Hehee


Rajinkan saya
Comelnya kakak & kawan2 nya
Bergambar bersama Cikgu As & kawan2
Bersantai dengan kawan2
Birthday kawan Kakak

Thursday, April 12, 2012

Izz Aiman Cukur Rambut

Pada 31 March yang lalu, My hubby telah cukur rambut Izz Aiman. Dulu masa kakak kecik2 pun ayahnya jugalah yang cukurkan....

Jeng Jeng Jeng........ Ini gambar kembar 10 hari.... hehee
Izz Aiman & Muhammad Alif Faris

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...