Tuesday, September 18, 2012

Gelagat Anakku

Assalammualikum.....

Yuhuu.... hari ini aku bersemangat nak update blog ku yang lama sudah ku tinggalkan. Aku nak mulakan kehidupan yang baru serta lupakan segala kesedihan yang menyelubungi hidupku beberapa minggu yang lepas.... Live Must Go On..... (macam tajuk lagu lah pulak)

Kali ini aku nak update tentang gambar Kakak & Izz Aiman bila beraksi depan kamera. Amboi, macam artis gitu... hehee... Layanzzzz...


Hai.... Saya Izz Aiman


Kakak & Izz Aiman


Anak Daro Possing Gitu


Smile..


Gigi Sapa Yang Lebih Cantik.... Boleh Buat Iklan Ubat Gigi... Chesee....



Senyum....


Nak Tunjuk Gigi lah Tu...


Tolong!!!! Izz Aiman Buli Kakak


Prince & Princess

Wednesday, August 15, 2012

Sayu

Lama dah tak update blog nie. Bukannya malas tapi baru2 ni ada peristiwa yang sangat menghayatkan hati telah berlaku dalam hidupku. Terasa lemah sangat jari aku nak tekan satu persatu huruf dekat key board pada kali ini. Hati aku terasa sangat sayu dan terasa ada airmata yang bertakung dikelopak mataku. Dan terasa lebih syahdu bila kedengaran lagu hari raya yang berkumandang.

Pada 29hb Julai yang lalu, aku telah keguguran anak yang ke 3. Pada mulanya aku tak sangka darah yang keluar adalah tanda bleeding. Aku ingatkan hanya darah period biasa. Tapi lama kelamaan makin banyak darah yang keluar sehingga badan aku rasa tersangat lemah. Bila aku cuba nak bangun, aku rasa macam nak pitam. Namun aku sempat duduk semula. Pada ketika itu, hubby dan kakak tak ada dekat rumah. Hanya aku dan Izz Aiman aje . Izz Aiman pulak masa tu meragam. Kesian anak ibu, aku nak merangkak pun tak boleh apatahlagi nak dukung dia.

Banyak kali aku cuba call hubby, tapi dia tak dengar. Sebab masa tu dia dah berniaga dekat bazar ramadhan. Akhir sekali aku hubungi adik iparku, dan aku beritahu suruh hubby balik sebab aku betul2 dah tak larat. Bila hubby balik, dia tengok aku dah pucat lesi dan kemudian hubby call untuk dapatkan ambulan supaya aku dibawa ke hospital. Mak mentua aku yang temankan aku sepanjang perjalanan ke hospital.

Bila sampai di hospital, aku terus dibawa ke Wad Kecemasan. Setelah doktor membuat pemeriksaan, doktor memberitahu bahawa aku keguguran. Terkejut juga aku masa tu. Aku nampak ada linangan airmata dimata hubby aku. Mungkin dah takdir bukan rezeki kami dan kami redha..

Hanya tinggal beberapa hari lagi seluruh umat islam akan menyambut hari raya. Namun aku dan hubby belum beli dan buat apa2 persiapan pun. Kesian kakak dan Izz. InsyaAllah, esok lepas kerja, aku dan hubby dah janji nak beli barang dan baju untuk budak berdua tu. Lagipun aku baru habis berpantang selama 2 minggu. Tu yang lambat sikit buat persiapan. Bagi aku dengan hubby, baju tahun lepas pun tak apa, asalkan anak2 ada baju baru untuk dipakai. Bukannya tak nak beli, tapi macam tak kisah sangat pasal baju. Yang penting keperluan anak2 diutamakan.....

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga. Maaf Zahir Batin.


Tuesday, July 24, 2012

Ahlan Wahsahlan Ya Ramadhan.

Asslammualaikum....




Hari ini merupakan hari yang ke- 4 seluruh umat islam menunaikan rukun islam yang ke 3 iaitu berpuasa dibulan ramadhan. Bila sebut aje bulan puasa banyak pengalaman suka duka dan lucu ketika menunaikan ibadah puasa ni sewaktu masih kecik2 lagi.... Bila diingat kembali kadang2 boleh tergelak sendiri dibuatnya.

Aku rasa aku start mula belajar puasa ketika umur aku 5 tahun. Waktu tu macam2 dugaan dibulan puasa. Al maklumlah budak baru nak belajar berpuasa. Nak bangun bersahur sudah semestinya liat nak bangun. Agaknya selagi tak sepuluh kali mak dan kakak2 ku kejut, belum tentu aku nak bangun. First day puasa aku bertahan sampai pukul 12 tengah hari jer. Lepas tu dari sehari ke sehari, mak akan panjangkan masa untuk aku berbuka sampailah aku dapat berpuasa satu hari penuh.

Bila waktu nak berbuka tiba, orang yang paling kecoh ialah abahku. Abah kalau lagi satu jam nak berbuka, dia mesti pastikan semua persiapan nak berbuka dah ready. Pinggan, cawan, tikar mesti dah siap. Kalau tak, alamatnya satu rumah kecoh dengar abah membebel...

"La, dah nak berbuka ni, cawan mana? gelas mana?"

" Lagi 15 minit nak berbuka, mana nasi? kenapa tak senduk nasi lagi?"

"Air basuh tangan tak ambil lagi ke? Air batu tak bancuh lagi? Tak kan satu jenis air je?"

Macam2 ragam abah bila nak tiba waktu nak berbuka. Kakak2 dan abangku cuba bersabar dengan karenah abah. Mengalahkan budak kecik perangai abah.... hehee. Kadang2 air sampai 2,3 jenis..

"Ya abah, sabar"

"Air dah bancur, tapi belum letak air batu lagi abah"

Mak pulak " Hang ni, macam budak2. Cuba Istigafal ke, mengaji ke ada jugak faedahnya"

Tapi itu antara kenangan yang tak dapat nak dilupakan. Adik beradik aku yang lain pun mesti akan tergelak bila teringat masa zaman dulu2 bila nak berbuka puasa.. heheee

Oklah, sempena bulan yang mulia ini akan mendekatkan lagi diri kita kepada Yang Maha Esa. Semoga Ibadah kita akan diterima olehNya... Amin2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...