Wednesday, July 22, 2009

PERSIAPAN MAJLIS AQIQAH DAN CUKUR JAMBUL

Aduhai....
Lamanya aku tak update cerita tentang Tomel2 Nie. Rasanya dah hampir 2 minggu. Aku sejak akhir2 sibuk sikit dengan kerja dekat office. Banyak sangat kerja yang nak disiapkan dalam jangka waktu yang singkat. Sebenarnya aku nak masukkan tentang majlis Aqiqah dan cukur jambul yang diadakan pada 4 Julai lalu. Tapi gambar2 sekitar majlis tersebut, Pak Ngah Tomel2 Nie belum Edit lagi.
Beberapa hari sebelum majlis tersebut, aku dah siap ambil cuti 2 hari awal sebelum majlis berlangsung. Bukannya apa, banyak jugak persiapan yang hendak dilakukan. Sampai saudara mara aku cakap,persiapan majlis tersebut mengalahkan majlis kenduri kahwin. Mana taknya, siap dengan Bunting untuk majlis Tomel2 Nie.

Bunting Tomel2 Nie


Bukannya apa, majlis nie pun merupakan satu tanda kesyukuran ke hadrat Illahi dengan kehadiran orang baru dalam ahli keluarga kami. Segala persiapan dibuat seperti sticker untuk bag paper, bungkusan gula2, puding bunga telur termasuklah memasang khemah. Semua persiapan dilakukan bersama sanak saudara. Kalau aku dan suamiku yang buat, mesti tak menang tangan dibuatnya.

Sticker Tomel2 Nie


Walau apa pun, syukur Alhamdulillah segala persiapan untuk majlis tersebut berjalan dengan lancar. Terima kasih juga pada semua saudara mara yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.

Monday, July 6, 2009

GAMBAR TOMEL2 NIE 4 BULAN

Sejak akhir-akhir nie aku sibuk sikit dengan persiapan majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Emilda. Hanya gambar nie aje yang dapat aku muatkan dalam blog. InsyaAllah lepas nie aku akan ceritakan persiapan sepanjang majlis tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...