Monday, June 29, 2009

NIE TOMEL2 NIE DAH MAMAM NESTUM

Emilda sekarang dah pandai makan Nestum walaupun usia Tomel2 Nie baru 4 bulan lebih. Mula-mula risau jugak aku nak bagi Emilda makan sebab doktor sarankan setelah bayi berusia 6 bulan keatas baru diperkenalkan dengan makanan tambahan seperti Nestum. Tapi aku tak sampai hati tengok Emilda asyik menyusu macam orang kelaparan. Kadang-kadang tak sampai satu jam Emilda nak menyusu lagi walaupun dah 4oz.
Mula-mula aku dan suamiku try campurkan Nestum tu dengan susu dalam botol. Tapi Tomel2 Nie pandai dia rasa ada benda lain dalam susunya, dia luekkan balik susu tu. Keesokkan harinya bila Cik Gayah suap Nestum tu dekat Tomel2, nak pulak dia makan. Kadang2 bila bagi Tomel2 makan Nestum, dia macam tak sabar nak tunggu kita suap lagi dekat mulut dia. Bila makan, penuh satu mulut, kadang2 sampai ke mulut. hehehe....

Nie Nestum yang Tomel Nie Mamam....


Nampak macam sedap je nie....


yum..yum...yumm... makan time


Ibu... saya nak lagi....


comotnya....






Friday, June 19, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS AQIQAH DAN CUKUR JAMBUL EMILDA

Sekapur Sirih Seiklas Senyuman, Dengan Segala Hormatnya Kami Seisi Keluarga Menjemput Tuan Puan, Sahabat Handai Ke Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Puteri Sulung Kami, Alya Emilda Bt Faizul Hisham di Kediaman Kami. Semoga Dengan Kehadiran Tuan Puan Akan Memeriahkan Lagi Majlis Kami. Amin...








Monday, June 15, 2009

NIE TOMEL2 NIE PERGI GIM

One...Two...Three....Four....Eyah...

Pepatah ada menyebut "Kecik-kecik cili api". Sama jugak lah dengan Tomel2 Nie. Siapa sangka, walaupun Emilda masih kecil tapi Tomel2 Nie dah pandai pergi Gim (Gim dekat rumah je)heheheh....

Nie macam nak semput je nafas nie


Tomel2 nie tengah kumpul stamina untuk menguatkan otot2 badan serta untuk belajar merangkak nanti. Yang kelakarnya tu, bila Ayah Emilda letak tangan Emilda dekat penyangkut tangan tu, dia pun beria2 sangat nak bangun. Macam ahli sukan pulak anak dara ayah dan ibu nie.hehehe....

Nak cuba merangkak nie...


Rupa-rupanya letih jugak nak belajar merangkak nie..


PAK NGAH TOMEL2 NIE BERTUNANG

Hari Jumaat yang lepas bersamaan dengan 12.04.2009 genaplah usia Emilda empat bulan. Pada hari yang sama jugak, Pak Ngah Emilda bertunang. Nama tunang Pak Ngah, Auntie Eila. InsyaAllah 01.05.2010 nanti akan berlangsunglah hari pernikahan Pak Ngah. Pak Ngah yang bertunang, tapi Emilda pulak yang melaram.

Comel Tak saya?


Gambar Hantaran


Nie Gambar Nenek dengan Auntie Eila(Cantik kan)

Nie Atuk dengan Kak Long Lyana (Kakak Sepupu Emilda)


Kami sekeluarga doakan semoga Pak Ngah dan Auntie Eila akan dipanjangkan jodoh dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin....




Thursday, June 11, 2009

NIE TOMEL2 NIE DAH BAIK DEMAM



Alhamduillah.....
Hampir seminggu Emilda demam kini dah baik dah. aku bersyukur sangat sebab tak ada apa2 yang menimpa Emilda. Sekarang nie tomel2 nie sejak baik dari demam suka sangat nak mengering. Agaknya Emilda demam nak meniarap kot. Biasanya kalau ada perubahan pada baby, baby biasanya akan demam. Rasanya tak sabar pulak nak tengok Emilda meniarap.

NIE TOMEL2 NIE IKUT MUKA SAPA?

MyHeritage:

NIE ALBUM TOMEL2 NIE



Amboi... Galaknya Mata


Alahai.... Comelnya


Tidur Pun Ada Stail


Bababa.... Chak...


Wah!!! Seksinya.Pakai Skirt Pun Nak Bersilat. Wachaa....




Nie Nak Senyum Ke Nak Nangis Nie???


Nak Susu Cikit. Mana Boleh!!! Nampak Buku Lima Nie...


Harap2 Ibu Dengan Ayah Tak Nampak Emilda Menyorok Nie...


Boleh Jadi Cover Magazine Nie...




Alamak,(Terkejut) Ibu Nak Candid Saya Ke?




Ada Tak Gaya Macam Datuk Siti Nurhaliza Pakai Tudung?



Alahai.... Seriusnya Muka Dia....






Wednesday, June 3, 2009

Nie Tomel2 Nie Demam

Sejak kebelakangan nie, aku sibuk sikit nak update dalam blog. Pertama sebab aku banyak kerja dekat office. Dan yang keduanya sebab Emilda demam. Emilda start demam hari jumaat lepas(29.5.2009). Cik Gayah (Pengasuh Emilda)kata,hari tu Emilda tak ada mood je. Mata Emilda berair dah banyak taik mata yang keluar dari mata Emilda sebelah kiri. Petang tu jugak aku dan suamiku bawak Emilda pergi Klinik Penawar dekat Pekan Semenyih. Doktor mengesahkan bahawa Emilda demam.


Ya, Allah!!! betapa risaunya hati aku dan suamiku, Tuhan aje yang tahu. Mujurlah hari Sabtu dan Ahad, aku dan suamiku cuti. Jadi bolehlah kami beri tumpuan sepenuhnya jaga Emilda. Barulah aku tahu bagaimana perasaan nya apabila anak kita demam atau jatuh sakit. Mungkin inilah perasaan yang dialami oleh mak dan abah apabila aku demam atau sakit masa kecik2 dulu. Masuk hari nie dah 5 malam aku dan suamiku bergilir2 jaga Emilda.


Kami tuam badan dan kepala Emilda dengan tuala basah supaya Emilda tak kena demam panas. Orang tua2 pesan, kalau baby demam jangan sampai kena demam panas sebab banyak bahayanya kalau baby kena demam panas. Tapi bila masuk yang ke-3, badan Emilda bertambah panas. Aku dan suamiku bertambah risau sebab bimbang kalau2 Emilda kena demam panas. Mujurlah ada nenek, nenek kata tuam badan Emilda dengan air ais. Kesudahannya macam pergi Spa pulak Emilda. Siap berkemban lagi anak dara Ibu dan Ayah nie. Kalau ambil gambar siap pose lagi.



Punyalah syok kena Spa, Emilda tidur sebab keletihan




Tapi bila nak makan ubat, punyalah liat. Walaupun kecik lagi, bila aku dan suamiku bagi Emilda makan ubat, pandai pulak dia luekkan ubat tu balik. Puas jugaklah kami nak pujuk Emilda makan ubat.



Ibu dan Ayah harap dan berdoa agar Nie Tomel2 Nie akan sihat sepenuhnya hari nie. Amin....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...