Wednesday, June 3, 2009

Nie Tomel2 Nie Demam

Sejak kebelakangan nie, aku sibuk sikit nak update dalam blog. Pertama sebab aku banyak kerja dekat office. Dan yang keduanya sebab Emilda demam. Emilda start demam hari jumaat lepas(29.5.2009). Cik Gayah (Pengasuh Emilda)kata,hari tu Emilda tak ada mood je. Mata Emilda berair dah banyak taik mata yang keluar dari mata Emilda sebelah kiri. Petang tu jugak aku dan suamiku bawak Emilda pergi Klinik Penawar dekat Pekan Semenyih. Doktor mengesahkan bahawa Emilda demam.


Ya, Allah!!! betapa risaunya hati aku dan suamiku, Tuhan aje yang tahu. Mujurlah hari Sabtu dan Ahad, aku dan suamiku cuti. Jadi bolehlah kami beri tumpuan sepenuhnya jaga Emilda. Barulah aku tahu bagaimana perasaan nya apabila anak kita demam atau jatuh sakit. Mungkin inilah perasaan yang dialami oleh mak dan abah apabila aku demam atau sakit masa kecik2 dulu. Masuk hari nie dah 5 malam aku dan suamiku bergilir2 jaga Emilda.


Kami tuam badan dan kepala Emilda dengan tuala basah supaya Emilda tak kena demam panas. Orang tua2 pesan, kalau baby demam jangan sampai kena demam panas sebab banyak bahayanya kalau baby kena demam panas. Tapi bila masuk yang ke-3, badan Emilda bertambah panas. Aku dan suamiku bertambah risau sebab bimbang kalau2 Emilda kena demam panas. Mujurlah ada nenek, nenek kata tuam badan Emilda dengan air ais. Kesudahannya macam pergi Spa pulak Emilda. Siap berkemban lagi anak dara Ibu dan Ayah nie. Kalau ambil gambar siap pose lagi.



Punyalah syok kena Spa, Emilda tidur sebab keletihan




Tapi bila nak makan ubat, punyalah liat. Walaupun kecik lagi, bila aku dan suamiku bagi Emilda makan ubat, pandai pulak dia luekkan ubat tu balik. Puas jugaklah kami nak pujuk Emilda makan ubat.



Ibu dan Ayah harap dan berdoa agar Nie Tomel2 Nie akan sihat sepenuhnya hari nie. Amin....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...