Wednesday, August 15, 2012

Sayu

Lama dah tak update blog nie. Bukannya malas tapi baru2 ni ada peristiwa yang sangat menghayatkan hati telah berlaku dalam hidupku. Terasa lemah sangat jari aku nak tekan satu persatu huruf dekat key board pada kali ini. Hati aku terasa sangat sayu dan terasa ada airmata yang bertakung dikelopak mataku. Dan terasa lebih syahdu bila kedengaran lagu hari raya yang berkumandang.

Pada 29hb Julai yang lalu, aku telah keguguran anak yang ke 3. Pada mulanya aku tak sangka darah yang keluar adalah tanda bleeding. Aku ingatkan hanya darah period biasa. Tapi lama kelamaan makin banyak darah yang keluar sehingga badan aku rasa tersangat lemah. Bila aku cuba nak bangun, aku rasa macam nak pitam. Namun aku sempat duduk semula. Pada ketika itu, hubby dan kakak tak ada dekat rumah. Hanya aku dan Izz Aiman aje . Izz Aiman pulak masa tu meragam. Kesian anak ibu, aku nak merangkak pun tak boleh apatahlagi nak dukung dia.

Banyak kali aku cuba call hubby, tapi dia tak dengar. Sebab masa tu dia dah berniaga dekat bazar ramadhan. Akhir sekali aku hubungi adik iparku, dan aku beritahu suruh hubby balik sebab aku betul2 dah tak larat. Bila hubby balik, dia tengok aku dah pucat lesi dan kemudian hubby call untuk dapatkan ambulan supaya aku dibawa ke hospital. Mak mentua aku yang temankan aku sepanjang perjalanan ke hospital.

Bila sampai di hospital, aku terus dibawa ke Wad Kecemasan. Setelah doktor membuat pemeriksaan, doktor memberitahu bahawa aku keguguran. Terkejut juga aku masa tu. Aku nampak ada linangan airmata dimata hubby aku. Mungkin dah takdir bukan rezeki kami dan kami redha..

Hanya tinggal beberapa hari lagi seluruh umat islam akan menyambut hari raya. Namun aku dan hubby belum beli dan buat apa2 persiapan pun. Kesian kakak dan Izz. InsyaAllah, esok lepas kerja, aku dan hubby dah janji nak beli barang dan baju untuk budak berdua tu. Lagipun aku baru habis berpantang selama 2 minggu. Tu yang lambat sikit buat persiapan. Bagi aku dengan hubby, baju tahun lepas pun tak apa, asalkan anak2 ada baju baru untuk dipakai. Bukannya tak nak beli, tapi macam tak kisah sangat pasal baju. Yang penting keperluan anak2 diutamakan.....

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga. Maaf Zahir Batin.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...