Wednesday, April 13, 2011

Mendidik Anak Dengan Kasih Sayang

Mendidik anak dengan ikhlas, sungguh-sungguh dan penuh kasih sayang akan memberi kesan psikologi yang dalam kepada anak. Anak-anak yang dibesarkan dengan kasih sayang akan membesar diiringi perkembangan emosi yang stabil. Malah anak-anak lebih cenderung mentaati dan menghormati ibu bapa yang menggunakan pendekatan yang sedemikian.

Sebuah hadis Rasulullah s.w.t. bermaksud:

“Sesiapa yang tidak menyayangi manusia, maka dia tidak akan disayangi oleh Allah”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak perlu dibesarkan melalui kasih sayang lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Peringkat remaja merupakan fasa yang kritikal kerana banyak pengaruh luar sedang menarik perhatian mereka. Menurut kajian, persekitaran dan rakan lebih berpengaruh berbanding ibu bapa pada usia remaja. Oleh itu Ibu bapa perlu menzahirkan kasih sayang tetapi hendaklah dalam bentuk yang sesuai, dan bukan dengan kebendaan semata-mata bagi meraih pengaruh daripada anak-anak. Walau bagaimanapun tempoh masa amat diperlukan bagi menzahirkan betapa anda mencintai dan menghargai mereka dengan kasih sayang.

8 tips mempamerkan kasih sayang ibu bapa kepada anak

1. Sentuhan

Sentuhan sederhana pada kepala, bahu atau belakang ketika bercakap dengan mereka. Kadang kala, sifat ego ibu bapa menghalang sentuhan di dalam sesetengah keadaan khususnya terhadap anak remaja. Sedangkan kesan sentuhan terhadap anak remaja adalah lebih ketara berbanding kanak-kanak yang lebih muda usianya.

2. Berbual

Berbual dengan mereka mengenai perkara yang mereka minati. Luangkan sedikit masa anda bersama untuk berbual mengenai kecenderungan dan minat mereka. Tawarkan bantuan dan tunjukkan sokongan sekiranya minat dan kecenderungan mereka tersebut merupakan sesuatu yang memberi manfaat buat mereka serta tidak bercanggah dengan ajaran agama.

3. Ungkapan

Zahirkan kasih sayang melalui ungkapan. Anda boleh memberitahu mereka bahawa anda mengasihi mereka. Mungkin juga sebuah ungkapan berbunyi – “Umi sayang pada Farid, Farid sayang umi tak?” Ungkapan seperti ini mesti disesuaikan dengan situasi yang tenang dan jauh daripada kebisingan supaya memberi kesan yang lebih baik.

4. Mendengar

Luangkan masa mendengar dengan aktif (mencerap) – Sifat ini sukar dipraktikkan bagi ibu bapa yang terlalu sibuk. Lima minit yang anda luangkan untuk mencerap terhadap keluhan, cerita dan bisikan daripada anak-anak akan memberikan makna dan kesan yang sangat baik untuk jangka panjang.

5. Menatap wajah

Melihat wajah anak ketika bercakap. Merenung mata dan wajah anak dengan penuh kasih sayang ketika bercakap, akan memberi kesan emosi yang dalam. Perhatian mereka terhadap percakapan ibu bapa juga meningkat dengan merenung wajah mereka ketika bercakap malah walaupun percakapan berbentuk memberi arahan. Malangnya, ada ibu bapa terlalu sibuk sehinggakan bercakap dengan anak tetapi muka mengadap ke komputer atau menoleh ke tempat lain.

Sedangkan Rasulullah mengajar kita supaya menghadap badan kepada seseorang ketika bercakap dengannya, bukan sekadar menolehkan muka kita kepadanya..

6. Berkongsi perasaan

Tidak salah kita berkongsi perasaan dengan anak-anak asalkan bersesuaian dengan tahap mereka. Walau bagaimanapun pastikan supaya perkongsian tersebut berunsur perkara-perkara positif yang mana dapat meningkatkan tahap kualiti emosi mereka. Ibu bapa yang bijak melayan perasaan anak-anak akan berjaya menawan hati mereka lantaran meningkatkan kecenderungan untuk sentiasa berkongsi masalah yang dihadapi oleh mereka dengan ibu bapa.

7. Suapkan makanan

Ketika anak masih kecil, sememangnya ibu bapa akan suapkan makanan dan merupakan aktiviti yang seronok. Cubalah suapkan makanan ke mulut anak sekali sekala walaupun mereka sudah remaja. Ramai pakar menyarankan supaya ibu bapa dapat makan bersama anak-anak sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.

8. Beri pujian

Beri pujian sekiranya mereka memperolehi sesuatu pencapaian walaupun sekecil-kecil alasan. Pujian merupakan penghargaan. Penghargaan yang diberi melambangkan sebahagian kasih sayang. Buktinya, orang yang tidak menyayangi kita, tidak akan memuji kita dengan ikhlas

“Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang bertanggungjawab mencoraknya”

Tuesday, April 12, 2011

"Ibu, Alya Emilda Nak Kiss Baby"

Alhamdulillah.... Usia kandunganku sekarang adalah 14 minggu. Ini bermakna ada lagi 26 minggu sebelum baby dilahirkan. Girl or Boy? Girl atau boy bagi aku tak penting. Apa yang lebih penting adalah kandunganku ini sihat dan sempurna sifatnya. Kalau diberi pilihan, aku nak girl lagi. Sekurangnya2 Alya Emilda ada kawan nak main masak2 nanti... heheee... Tapi kalau lelaki pun aku bersyukur sangat2 sebab nanti ayah ada kawan nak main gusti.. GUsti???? hehee..

Sekarang ni, walaupun Alya Emilda baru berusia dua tahun dua bulan tapi dia mengerti yang tak lama lagi dia bakal menjadi seorang kakak. Alya Emilda pun faham yang dalam rahimku ini ada insan yang bakal bergelar adik. Sebelum sleep, tiap2 malam Alya Emilda mesti nak kiss baby. Dia akan cakap "hai", "Baby buat apa tu", "sayang baby","nak tido dengan baby" dan kemudian dia akan kiss perut aku seperti dia kiss seorang baby. Terharu sangat2 bila lihat kasih sayang Alya Emilda yang begitu mendalam. Aku harap dan berdoa, bila adik Alya Emilda dilahirkan nanti, dia akan tetap sayang menyayangi antara satu sama lain... Amin2...

Buat masa yang terdekat ni, kalau boleh aku dan hubby bercadang nak duduk rumah sendiri. Al-malkumlah ahli keluarga kami akan bertambah tak lama lagi. Tak kisahlah rumah tu kecik atau pun besar. Yang penting kami sekeluarga selesa dan bahagia.... Kalau boleh biarlah sebelum kandungan aku ini bertambah besar, sebab takut nanti tak larat nak mengemas. Lagipun kesian dekat my hubby nak kemas sorang2 nanti. Aku harap apa yang kami sekeluarga hajatkan akan termakbul. Amin..

Monday, April 4, 2011

Perkembangan Bayi Dari Minggu Pertama Hingga Ke Enam Belas

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

asuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.

Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.

Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

(Sumber Dari : www. mengandung.com)

Alya Emilda Nak Dapat Adik

Alhamdulillah.... pada bulan Oktiober nie, InsyaAllah Alya Emilda bakal dapat adik. Sekarang nie usia kandungan aku dah nak masuk 13 minggu. Ini bermakna ada 27 minggu lagi Alya Emilda akan dapat adik. Aku bersyukur sangat2..... InsyaAllah due date aku 11.10.2011.

Sekarang nie alahan dah mula berkurangan. Cuma aku sekarang tak ada selera nak makan. Kadang2 tu aku tak tahu nak makan apa, sebab semuanya tak kena dengan selera aku. Mungkin tekak aku tak berapa sedap, sebab tu makan apa2 pun tak ada selera. Tapi aku bersyukur kerana aku tidak mengalami alahan yang teruk. Pada mula2 tu cuma pening2 dan loya jer rasa tekak nie. Cuma aku alah dengan bau-bauan. Contohnya bau perfume dan bau masakan. Silap2 boleh terkeluar balik isi perut aku. Kalau bau rokok, lagilah aku rasa macam nak pengsan.

Aku bersyukur sebab my hubby memahami keadaan yang aku alami sekarang. Kalau dia nak smoking, dia mesti smoking dekat luar rumah. Kalau nak angkat barang yang berat2, dia lah yang akan membantu.Tapi aku kesian dekat Alya Emilda sebab aku tak boleh nak dukung dia atas nasihat doktor. Last week aku pergi scan, dan doktor kata uri aku kebawah. Doktor nasihatkan supaya aku tak angkat benda yang berat2 termasuk kalau boleh jangan dukung Alya Emilda sebab takut berlaku pendarahan. Tapi ibu tahu, Alya Emilda pasti mengerti keadaan aku sekarang.

"Ya, Allah kau permudahkanlah urusan ku sepanjang kehamilanku. Aku memohon ke hadratmu semoga anak didalam kandunganku sihat dan sempurna sifatnya. Amin..."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...