Monday, September 6, 2010

Raya, Raya, Raya

Tahun ni merupakan tahun kedua aku dan hubby menyambut hari raya aidilfitri bersama2 dengan Alya Emilda.... Biasanya sebelum kahwin, persiapan raya kebanyakkannya dibuat untuk diri sendiri. Tapi bila dah ada keluarga sendiri dan ada anak, persiapan untuk anak lebih diutamakan. Baju raya sebelum puasa dah tempah... hehee.

Cuma nak cari beberapa helai baju untuk Tomel2 Nie.. Hari Jumaat lepas, aku, hubby dan keluarga Mak Usuk dah survey baju dekat Downtown Jalan Reko. Tapi tak ada satu baju pun yang berkenan. Harga pun boleh tahan mahal... Last2 kami balik dan tak beli apa2 baju, tapi my hubby sempat jugak rembat 2 pasang kasut Crocs...

Selain baju raya, ada jugak aku buat beberapa jenis kuih, antaranya tat nenas, conflakes madu, biskut coklat rice dan malatup cookies.... (memang malatup rasanya).
Bukannya tak nak beli, tapi rasanya tahun nie nak buat kuih dari air tangan sendiri. Baru my hubby tahu, yang wife dia sebenarnya serba boleh.... masak boleh, buat kuih boleh, makan pun boleh.... opsss.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...